Thursday, September 10, 2009

Islam diwaktu susah....

Salam,



Tahniah kerana kita telah berada di 10 hari terakhir Ramadhan dimana ALLAH menyembuyikan LailatulQadar,marilah kita sama2 berazam mencarinya,samada diwaktu senang atau susah...bercerita ttg susah senang,teringat saya akan 1 kisah........



Disatu kampung terdapat seorg pemuda yg mmg melanggar hukum ALLAH tanpa rasa segan,dia tak sembahyang baik fardhu atau jumaat,tak puasa dll.Bila dia didtgi oleh imam dikampungnya dan bertanya'kenapa kamu tak dtg sembahyang di surau?' jawabnya'saya sembahyang di rumah.'imam bertanya lagi'sembahyang jumaat pun dirumah ke?' jawabnya lagi'hari jumaat saya masuk hutan memburu.'Memang benar dia berburu pada setiap jumaat,ttp dlm semua xpdc berburunya dia tak pernah berjumpa harimau.Pada satu jumaat itu dia telah bertembung dgn seekor harimau,dia terkejut dan ketakutan..dia cuba lari namun terjatuh dan harimau itu pun menghampirinya,dan pada waktu itu dia amat takut,seraya dia pun menadah tangan serapat mungkin dan berdoa'Ya ALLAH,kau lindungilah aku dari haiwan ini,dan aku juga bertaubat padaMU ya ALLAH,dan aku berjanji..bla..bla.( janji org tengah susah le)'.Penghujung cerita ini kawan2 semua pilih le sendiri.Soalnya kebanyakkan dari kita akan dekat dgn ALLAH sewaktu kita ditimpa musibah,kadang2 waktu senang kita jauh dari ALLAH,dan soalan ke-2 adalah :Adakah ALLAH dan Islam itu berguna kepada kita cuma sewaktu kita susah..Wallahuaklam.





Wasalam..Jumpa lagi dilain lembaran..ALLAHUAKBAR

Saturday, September 5, 2009

mengenang budi...


Salam,
Alhamdulillah berjumpa lagi di hari ke-15 Ramadhan,sebelum saya memulakan lembaran hari ini saya ingin memohon ampun maaf jika terdapat tulisan saya yang dirasakan tidak sesuai utk sesetengah golongan..sayugia diberitahu disini saya bukan hendak mengajar/menghukum,tetapi cuma sekadar buah fikiran saya yang kadangkala terdapat cacat cela...kembali kepada tajuk kita hari ini mari kita sama2 membaca dan memahami tafsir dari surah Al-Baqarah ayat-22 :ALLAH berfirman'DIAlah yg menjadikan bumi ini utk kamu sebagai hamparan,dan langit(serta segala isinya)sebagai bangunan(yg dibina dgn kukuh)dan diturunkan air hujan dari langit,lalu dikeluarkanNYA dgn air itu berjenis2 buah2an yg menjadi rezeki kamu,maka jgnlah kamu mengadakan bagi ALLAH,sebarang sekutu,padahal kamu semua mengetahui(bahawa ALLAH ialah tuhan yang maha Esa).'Jadi atas firman ALLAH ini adakah kita masih mampu utk ingkar dgn ALLAH setelah segala nikmatNYA yg tidak terkira telah kita ambil secara percuma?bayangkan kalau udara yg kita telah sedut sejak lahir sampai kini kalau dihitung adakah kita mampu utk membayarnya?oleh itu kita sambung lagi dengan tafsir ini ALLAH berfirman:'bagaimana kamu tergamak utk kufur(mengingkari) ALLAH padahal kamu dahulunya mati(belum lahir),kemudian IA menghidupkan kamu,setelah itu IA mematikan kamu,kemudian IA menghidupkan kamu pula(pada hari akhirat)akhirnya kamu dikembalikan kepadaNYA(utk diberi balasa bagi segala yg kamu kerjakan)'.AL-Baqarah ayat 28.
Oleh itu utk saya dan kawan2,mari kita mula muhasabah diri kita,mana mungkin utk kita ingkar dgn ALLAH,tapi kalau masih mahu juga ingkar saya mencadangkan...PULANGKAN NYAWA YG ALLAH BERI,DAN CARILAH GALAKSI LAIN(KALAU ADA)DILUAR KAWALAN ALLAH UTK KITA MULAKAN HIDUP....
Wasalam...jumpa lagi dilain lembaran...ALLAHUAKBAR...

Wednesday, September 2, 2009

mendidik nafsu...




Salam,


Alhamdulillah,dapat juga kita berjumpa dengan hari ke-12 Ramadhan,sesungguhnya Ramadhan ini adalah bulan dimana ALLAH SWT sedang mentarbiah diri kita supaya datang hampir kepadaNYA,dengan itu saya menyeru diri saya dan kawan2 yg lain biarkan saja proses ini berjalan,biarkan ALLAH membentuk hati2 kita dgn kehadiran Ramadhan ini ,jgnlah hendaknya kita menolak proses tarbiah dari ALLAH SWT ini.Adakah kita tidak bimbang dgn janji ALLAH dlm surah Al-Rumm ayat 6,7,8..ALLAH berfirman:


Demikian dijanjikan ALLAH,ALLAH tidak pernah mengubah janjiNYA,akn tetapi kebanyakkan manusia tidak mengetahuinya(hakikat yg sebenarnya).mereka hanya mengetahui perkara yg zahir nyata dari kehidupan dunia sahaja,dan mereka tidak pernah ingat hendak mengambil tahu tentang akhirat.patutkah mereka merasa cukup dgn demikian sahaja,dan tidak memikirkan dlm hati mereka(supaya mereka dpt mengetahui) bahawa ALLAH tidak menciptakan langit dan bumi serta segala yg ada diantara keduanya itu melainkan ada gunanya yg sebenar yang dengan ada masa penghujung yg tertentu(juga utk kembali menemui penciptaNYA)?dan sebenarnya banyak diantara manusia itu org2 yg sungguh ingkar akan pertemuan dgn TUHANnya......


Sekian...


Wasalam...Jumpa lagi dilain lembaran.....ALLAHUAKBAR....

Saturday, August 29, 2009

tahun ni macam mana???

Salam,
ALHAMDULILLAH ya ALLAH hari ini kita dapat masuk hari ke-8 Ramadhan,cumanya rasa rindu suasana tahun lepas dimana umat Islam di Ipoh khususnya dan Perak amnya dapat berbuka,bersembahyang maghrib,Isyak,Tarawih dan dpt duduk dalam majlis Tazkirah berjamaah di dataran DBI dalam majlis "Ehya Ramadhan".Pada tahun ini belum nampak bayang lagi nampaknya...kalau benar2 mahukan barokah dan kesatuan yang sejati majlis seumpama ini sewajarnya diadakan,bukannya konsert jom heboh ataupun konsert 60'an...tak tau le nak cakap macam mana,tapi saya amat berharap majlis ini dapat dianjurkan....
TEPUK DADA TANYA IMAN...
Wasallam...Jumpa lagi dilain lembaran....ALLAHUAKBAR.....

Thursday, August 27, 2009

Kisah Ust.Norazli Musa,Kartika Sari Dewi






Salam,

ALHAMDULILLAH kita masih dipilih oleh ALLAH SWT utk meneruskan hari yang ke-6 RAmadhan...Semalam penulis berkesempatan menghadiri majlis Tazkirah bersama AF Ust Norazli Musa,dalam tazkirahnya AF Ust menyatakan kejayaan kita di bulan Ramadhan ini dapat kita tafsirkan/evaluate selepas berakhirnya Ramadhan dgn cara kita menilai kembali perfomance ibadat kita antaranya dgn melihat akan attendance kita disurau/masjid selepas Ramadhan,jika kita berupaya hadir sebagaimana kita hadir pada Ramadhan bermakna kita benar2 telah mensyukuri nikmat dari ALLAH SWT,disini AF Ustaz menyatakan kebimbangannya dgn niat kita dalam menghadirkan diri ke masjid/surau pada bulan Ramadhan ini sebenarnya adakah kerana ikhlas kerana ALLAH SWT atau hanya sebagai sebahagian budaya org Melayu di bulan Ramadhan...Jadi dengan itu penulis mengajak dirinya dan kawan2 yg lain supaya kembali menilai niat kita sewaktu hadir ke masjid/surau pada Ramadhan ini kerana takut2 terpesong niat kita bukan kerana ALLAH SWT,ingatlah ibadat jika terdapat niat selain utk ALLAH SWT maka semuanya akan tertolak dan akan jatuh SYIRIK ....nauzubillah......

Terpanggil juga penulis utk berkongsi ttg isu panas hari ini mengenai model Kartika Sari yang dijatuhkan hukuman sebat akibat minum arak,semakin hari isu ini makin panas akibat terlampau banyak sangat campurtangan,hingga terkeluar kenyataan yang tak sepatutnya dikeluarkan dari mulut seorang Islam.Bagi penulis masyarakat kita tidak sepatutnya melatah dengan isu ini sedangkan orang yang dijatuhkan hukuman tenang/redha menerimanya tapi kita yang kelam-kabut umpama ORG LAIN YANG KARAM DI AIR,KITA YANG LEMAS DI DARAT.Bagi penulis hukuman ini mmg sepatutnya dijalankan di khalayak ramai kerana tujuan sebenar hukuman itu,kerana hukuman ini sebenar tujuannya bukanlah semata2 utk mencederakan fizikal org yang kena hukum,tetapi utk mencederakan batinnya kerana apabila dihukum dikhalayak ramai pastinya tembok egonya akan runtuh akibat maruahnya dirobek dikhalayak ramai,dan ramai dari kita tidak faham bahawa hukuman yang dijatuhkan mengikut hukum ALLAH sebenarnya bukan hanya utk menghukum semata2 tetapi targetnya adalah utk mendidik.,kerana manusia sebenarnya tak layak utk menghukum, yang sebenar2 layak utk menghukum hanyalah ALLAH SWT...Wallahuallam...
Wasalam..jumpa lagi dilain lembaran......ALLAHUAKBAR......

Tuesday, August 25, 2009





Salam,


hari yang ke-5 Ramadhan ini rasanya nk berkongsi tentang Sultan Muhammad Al-Fateh.Baginda merupakan sultan yang berjaya merampas Constantinople( Istanbul ) dari kerajaan Byzantine.Sebenarnya kisah Sultan Muhammad ini telah digambarkan oleh Nabi SAW sewaktu menggali parit sewaktu Perang Khandak,Nabi SAW bersabda "Constantinople akan jatuh ke tangan Kerajaan Islam yang dipimpin oleh sebaik2 Raja bersama dengan sebaik2 tentera".Hadis riwayat Imam Ahmad.Banyak cubaan yang dilakukan termasuk oleh Kerajaan Umaiyyah,Abasiyyah&Usmaniyah menemui jalan buntu,hinggakan salah seorang sahabat iaitu Abu Ayyub Al-Ansary telah mewasiatkan jika beliau meninggal dunia mayatnya hendaklah dikebumikan dibawah kubu kota Constantinople kerana beliau menyatakan "kerana aku ingin mendengar derapan kaki kuda sebaik2 Raja yg memimpin sebaik tentera utk membebaskan Constantinople",begitulah hebat keyakinan sahabat dgn sabda Nabi SAW.

Siapakah Sultan Muhammad Al-Fatih sehingga baginda dan 150,000 tenteranya digambarkan sebagai "sebaik2 raja dan sebaik2 tentera",baginda merupakan seorg pakar dalam taktikal perang yang diakui oleh sejarahwan barat,antara taktik beliau dalam peperangan tersebut baginda telah melakukan perjanjian damai dengan pihak Wallachia,Serbia&Hungary utk memencilkan Contantinople apabila diserang nanti,apabila tiba pada hari serangan 19 april 1453 baginda pada mulanya telah melancarkan perang psikologi dengan mengarahkan Azan dilaungkan dan kesemua 150,000 tenteranya sembahyang berjemaah dengan suara takbir memecah keheningan alam.Apabila pihak Byzantine telah mendapat bantuan Vatican yang merentang perairan Teluk Golden Horn dengan rantai besi dan pelbagai alatan perang,baginda telah mengarahkan supaya seluruh 72 kapal perangnya ditarik keseberang gunung,dan meluncurkan kapalnya diseberang Teluk Golden Horn utk serangan balas ini dianggap sebagai warfare strategy yang hebat.

Apa yang sangat menyentuh perasaan penulis sewaktu membaca artikel ni ialah,sebaik mereka menawan Cosntantinople,pada Jumaat yg pertama sewaktu solat hendak didirikan timbul isu siapa yang layak menjadi Imam,lalu Baginda mengarahkan semua tenteranya berdiri seraya bertanya"siapa diantara kamu yg sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk"tiada seorg pun yg duduk,lalu Baginda bertanya lagi"siapa diantara kamu yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk"separuh dari mereka duduk.Sekali lagi Baginda bertanya"siapa diantara kamu sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan tahajud walau 1malam sila duduk"semua mereka duduk kecuali Baginda.Sewajarnya Baginda dan tenteranya mendapat gelaran "sebaik2 Raja dan sebaik2 tentera" jikalau benchmark ibadat mereka dijadikan ukuran.Lalu penulis mula bertanya pada dirinya sendiri dan kawan2 yang lain bagaimana pula dengan KPI solat kita yang akan kita persembahkan kepada ALLAH di akhirat nanti.....

Wasalam...Jumpa lagi dilain lembaran....ALLAHHUAKBAR.....


see no evil,speak no evil,hear no evil

Salam,
Hari ini ALHAMDULILLAH kita dah masuk hari ke-4 Ramadhan al-mubarak..bercerita pasal gambar diatas, perlakuan diatas sebenarnya adalah mengenai peri pentingnya untuk kita menjaga 3 anugerah istimewa dari ALLAH untuk kita dan kita perlu mengawalnya bukan sekadar di bulan Ramadhan sebaliknya perlu pada setiap ketika kerana kesemua anugerah ini iaitu Lisan,Pendengaran,Penglihatan adalah merupakan amanah yang akan dipersoalkan di Mahsyar,jadi sewajarnyalah bermula dari Ramadhan ini penulis mengajak bermula dengan dirinya sendiri dan kengkawan yang lain kita mula belajar mengawal anugerah yang tidak ternilai ini untuk kita praktikkan didalam kehidupan kita sehari2.Umpamanya Lisan,kurangkan bercakap sia2,Jgn melihat benda yang haram utuk mata,jgn mendengar perkara2 yang melalaikan kita dari ALLAH..kerana bimbang dihati penulis kerana Izrail melawat kita 15 kali setiap hari,manalah tau sudah sampai giliran kita tapi kita masih lagi melakukan perbuatan yang lagho....
Wasalam...jumpa lagi dilain lembaran.