Thursday, August 27, 2009

Kisah Ust.Norazli Musa,Kartika Sari Dewi






Salam,

ALHAMDULILLAH kita masih dipilih oleh ALLAH SWT utk meneruskan hari yang ke-6 RAmadhan...Semalam penulis berkesempatan menghadiri majlis Tazkirah bersama AF Ust Norazli Musa,dalam tazkirahnya AF Ust menyatakan kejayaan kita di bulan Ramadhan ini dapat kita tafsirkan/evaluate selepas berakhirnya Ramadhan dgn cara kita menilai kembali perfomance ibadat kita antaranya dgn melihat akan attendance kita disurau/masjid selepas Ramadhan,jika kita berupaya hadir sebagaimana kita hadir pada Ramadhan bermakna kita benar2 telah mensyukuri nikmat dari ALLAH SWT,disini AF Ustaz menyatakan kebimbangannya dgn niat kita dalam menghadirkan diri ke masjid/surau pada bulan Ramadhan ini sebenarnya adakah kerana ikhlas kerana ALLAH SWT atau hanya sebagai sebahagian budaya org Melayu di bulan Ramadhan...Jadi dengan itu penulis mengajak dirinya dan kawan2 yg lain supaya kembali menilai niat kita sewaktu hadir ke masjid/surau pada Ramadhan ini kerana takut2 terpesong niat kita bukan kerana ALLAH SWT,ingatlah ibadat jika terdapat niat selain utk ALLAH SWT maka semuanya akan tertolak dan akan jatuh SYIRIK ....nauzubillah......

Terpanggil juga penulis utk berkongsi ttg isu panas hari ini mengenai model Kartika Sari yang dijatuhkan hukuman sebat akibat minum arak,semakin hari isu ini makin panas akibat terlampau banyak sangat campurtangan,hingga terkeluar kenyataan yang tak sepatutnya dikeluarkan dari mulut seorang Islam.Bagi penulis masyarakat kita tidak sepatutnya melatah dengan isu ini sedangkan orang yang dijatuhkan hukuman tenang/redha menerimanya tapi kita yang kelam-kabut umpama ORG LAIN YANG KARAM DI AIR,KITA YANG LEMAS DI DARAT.Bagi penulis hukuman ini mmg sepatutnya dijalankan di khalayak ramai kerana tujuan sebenar hukuman itu,kerana hukuman ini sebenar tujuannya bukanlah semata2 utk mencederakan fizikal org yang kena hukum,tetapi utk mencederakan batinnya kerana apabila dihukum dikhalayak ramai pastinya tembok egonya akan runtuh akibat maruahnya dirobek dikhalayak ramai,dan ramai dari kita tidak faham bahawa hukuman yang dijatuhkan mengikut hukum ALLAH sebenarnya bukan hanya utk menghukum semata2 tetapi targetnya adalah utk mendidik.,kerana manusia sebenarnya tak layak utk menghukum, yang sebenar2 layak utk menghukum hanyalah ALLAH SWT...Wallahuallam...
Wasalam..jumpa lagi dilain lembaran......ALLAHUAKBAR......

2 comments:

  1. popular dah ye kg jawang ni pasal kartika...hehe bangga le tu jawang

    ReplyDelete
  2. ha..ngumpat!!!x bek ngumpat buln2 pose nih...nauzubillah....yg salah tetap salah....

    ReplyDelete