Saturday, August 29, 2009

tahun ni macam mana???

Salam,
ALHAMDULILLAH ya ALLAH hari ini kita dapat masuk hari ke-8 Ramadhan,cumanya rasa rindu suasana tahun lepas dimana umat Islam di Ipoh khususnya dan Perak amnya dapat berbuka,bersembahyang maghrib,Isyak,Tarawih dan dpt duduk dalam majlis Tazkirah berjamaah di dataran DBI dalam majlis "Ehya Ramadhan".Pada tahun ini belum nampak bayang lagi nampaknya...kalau benar2 mahukan barokah dan kesatuan yang sejati majlis seumpama ini sewajarnya diadakan,bukannya konsert jom heboh ataupun konsert 60'an...tak tau le nak cakap macam mana,tapi saya amat berharap majlis ini dapat dianjurkan....
TEPUK DADA TANYA IMAN...
Wasallam...Jumpa lagi dilain lembaran....ALLAHUAKBAR.....

Thursday, August 27, 2009

Kisah Ust.Norazli Musa,Kartika Sari Dewi






Salam,

ALHAMDULILLAH kita masih dipilih oleh ALLAH SWT utk meneruskan hari yang ke-6 RAmadhan...Semalam penulis berkesempatan menghadiri majlis Tazkirah bersama AF Ust Norazli Musa,dalam tazkirahnya AF Ust menyatakan kejayaan kita di bulan Ramadhan ini dapat kita tafsirkan/evaluate selepas berakhirnya Ramadhan dgn cara kita menilai kembali perfomance ibadat kita antaranya dgn melihat akan attendance kita disurau/masjid selepas Ramadhan,jika kita berupaya hadir sebagaimana kita hadir pada Ramadhan bermakna kita benar2 telah mensyukuri nikmat dari ALLAH SWT,disini AF Ustaz menyatakan kebimbangannya dgn niat kita dalam menghadirkan diri ke masjid/surau pada bulan Ramadhan ini sebenarnya adakah kerana ikhlas kerana ALLAH SWT atau hanya sebagai sebahagian budaya org Melayu di bulan Ramadhan...Jadi dengan itu penulis mengajak dirinya dan kawan2 yg lain supaya kembali menilai niat kita sewaktu hadir ke masjid/surau pada Ramadhan ini kerana takut2 terpesong niat kita bukan kerana ALLAH SWT,ingatlah ibadat jika terdapat niat selain utk ALLAH SWT maka semuanya akan tertolak dan akan jatuh SYIRIK ....nauzubillah......

Terpanggil juga penulis utk berkongsi ttg isu panas hari ini mengenai model Kartika Sari yang dijatuhkan hukuman sebat akibat minum arak,semakin hari isu ini makin panas akibat terlampau banyak sangat campurtangan,hingga terkeluar kenyataan yang tak sepatutnya dikeluarkan dari mulut seorang Islam.Bagi penulis masyarakat kita tidak sepatutnya melatah dengan isu ini sedangkan orang yang dijatuhkan hukuman tenang/redha menerimanya tapi kita yang kelam-kabut umpama ORG LAIN YANG KARAM DI AIR,KITA YANG LEMAS DI DARAT.Bagi penulis hukuman ini mmg sepatutnya dijalankan di khalayak ramai kerana tujuan sebenar hukuman itu,kerana hukuman ini sebenar tujuannya bukanlah semata2 utk mencederakan fizikal org yang kena hukum,tetapi utk mencederakan batinnya kerana apabila dihukum dikhalayak ramai pastinya tembok egonya akan runtuh akibat maruahnya dirobek dikhalayak ramai,dan ramai dari kita tidak faham bahawa hukuman yang dijatuhkan mengikut hukum ALLAH sebenarnya bukan hanya utk menghukum semata2 tetapi targetnya adalah utk mendidik.,kerana manusia sebenarnya tak layak utk menghukum, yang sebenar2 layak utk menghukum hanyalah ALLAH SWT...Wallahuallam...
Wasalam..jumpa lagi dilain lembaran......ALLAHUAKBAR......

Tuesday, August 25, 2009





Salam,


hari yang ke-5 Ramadhan ini rasanya nk berkongsi tentang Sultan Muhammad Al-Fateh.Baginda merupakan sultan yang berjaya merampas Constantinople( Istanbul ) dari kerajaan Byzantine.Sebenarnya kisah Sultan Muhammad ini telah digambarkan oleh Nabi SAW sewaktu menggali parit sewaktu Perang Khandak,Nabi SAW bersabda "Constantinople akan jatuh ke tangan Kerajaan Islam yang dipimpin oleh sebaik2 Raja bersama dengan sebaik2 tentera".Hadis riwayat Imam Ahmad.Banyak cubaan yang dilakukan termasuk oleh Kerajaan Umaiyyah,Abasiyyah&Usmaniyah menemui jalan buntu,hinggakan salah seorang sahabat iaitu Abu Ayyub Al-Ansary telah mewasiatkan jika beliau meninggal dunia mayatnya hendaklah dikebumikan dibawah kubu kota Constantinople kerana beliau menyatakan "kerana aku ingin mendengar derapan kaki kuda sebaik2 Raja yg memimpin sebaik tentera utk membebaskan Constantinople",begitulah hebat keyakinan sahabat dgn sabda Nabi SAW.

Siapakah Sultan Muhammad Al-Fatih sehingga baginda dan 150,000 tenteranya digambarkan sebagai "sebaik2 raja dan sebaik2 tentera",baginda merupakan seorg pakar dalam taktikal perang yang diakui oleh sejarahwan barat,antara taktik beliau dalam peperangan tersebut baginda telah melakukan perjanjian damai dengan pihak Wallachia,Serbia&Hungary utk memencilkan Contantinople apabila diserang nanti,apabila tiba pada hari serangan 19 april 1453 baginda pada mulanya telah melancarkan perang psikologi dengan mengarahkan Azan dilaungkan dan kesemua 150,000 tenteranya sembahyang berjemaah dengan suara takbir memecah keheningan alam.Apabila pihak Byzantine telah mendapat bantuan Vatican yang merentang perairan Teluk Golden Horn dengan rantai besi dan pelbagai alatan perang,baginda telah mengarahkan supaya seluruh 72 kapal perangnya ditarik keseberang gunung,dan meluncurkan kapalnya diseberang Teluk Golden Horn utk serangan balas ini dianggap sebagai warfare strategy yang hebat.

Apa yang sangat menyentuh perasaan penulis sewaktu membaca artikel ni ialah,sebaik mereka menawan Cosntantinople,pada Jumaat yg pertama sewaktu solat hendak didirikan timbul isu siapa yang layak menjadi Imam,lalu Baginda mengarahkan semua tenteranya berdiri seraya bertanya"siapa diantara kamu yg sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk"tiada seorg pun yg duduk,lalu Baginda bertanya lagi"siapa diantara kamu yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk"separuh dari mereka duduk.Sekali lagi Baginda bertanya"siapa diantara kamu sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan tahajud walau 1malam sila duduk"semua mereka duduk kecuali Baginda.Sewajarnya Baginda dan tenteranya mendapat gelaran "sebaik2 Raja dan sebaik2 tentera" jikalau benchmark ibadat mereka dijadikan ukuran.Lalu penulis mula bertanya pada dirinya sendiri dan kawan2 yang lain bagaimana pula dengan KPI solat kita yang akan kita persembahkan kepada ALLAH di akhirat nanti.....

Wasalam...Jumpa lagi dilain lembaran....ALLAHHUAKBAR.....


see no evil,speak no evil,hear no evil

Salam,
Hari ini ALHAMDULILLAH kita dah masuk hari ke-4 Ramadhan al-mubarak..bercerita pasal gambar diatas, perlakuan diatas sebenarnya adalah mengenai peri pentingnya untuk kita menjaga 3 anugerah istimewa dari ALLAH untuk kita dan kita perlu mengawalnya bukan sekadar di bulan Ramadhan sebaliknya perlu pada setiap ketika kerana kesemua anugerah ini iaitu Lisan,Pendengaran,Penglihatan adalah merupakan amanah yang akan dipersoalkan di Mahsyar,jadi sewajarnyalah bermula dari Ramadhan ini penulis mengajak bermula dengan dirinya sendiri dan kengkawan yang lain kita mula belajar mengawal anugerah yang tidak ternilai ini untuk kita praktikkan didalam kehidupan kita sehari2.Umpamanya Lisan,kurangkan bercakap sia2,Jgn melihat benda yang haram utuk mata,jgn mendengar perkara2 yang melalaikan kita dari ALLAH..kerana bimbang dihati penulis kerana Izrail melawat kita 15 kali setiap hari,manalah tau sudah sampai giliran kita tapi kita masih lagi melakukan perbuatan yang lagho....
Wasalam...jumpa lagi dilain lembaran.

Monday, August 24, 2009

Salam,

Alhamdulillah hari ini kita berada dihari ke-3 Ramadhan...hari ni rasanya nak bincang tentang gambar diatas,seperti biasa bila tiba Ramadhan kita akan berkata syaitan telah dibelenggu tapi yang hairannya masih terdapat jugak org yg pakai seluar pendek ke bazaar Ramadhan,kita masih lagi leka mengumpat org,dan banyak perkara maksiat yang masih kita progresskan...ini adalah kerana syaitan yang telah diikat itu telah berjaya mendidik satu elemen dlm diri kita pada sebelum Ramadhan iaitu NAFSU..jadi dgn itu penulis mengajak dirinya sendiri dan kengkawan semua supaya kita dapat menyekat/mendidik/mengawal nafsu kita sepanjang Ramadhan ini,salah satu caranya ialah paksa diri untuk duduk dalam majlis Tazkirah..adakah menjadi beban kepada kita untuk duduk selama 30-45min satu malam untuk perkara kebaikan dalam usaha kita untuk menjadi HAMBA ALLAH dalam erti kata yang sebenarnya???sedangkan kita berupaya menghabiskan 90min utk satu perlawanan dlm EPL!!!ingatlah bahawa bila kita berusaha utk hadir dalam majlis ilmu 1 langkah yang kita ke majlis tersebut nilainya bersamaan 1 tahun ibadat,tak mau lagi???akhirnya untuk renungan bersama:

makan nasi bersama taucu,

taucu disimpan didalam takir,

pahala sunat menjadi fardu,

janji ALLAH tak pernah mungkir...

Wasalam,jumpa lagi dilain lembaran.....

Sunday, August 23, 2009

Salam Ramadhan











Salam....
lama betul rasanya tak posting benda baru,nak buat macammana badan pun baru je sihat...
Kali ni nampak gayanya tak ada cerita pasal cakcibo,tapi apapun kali ni kita cerita pasal kuliah AF UST Halim Nasir di Sg.Tapah pada 12/8 yang lalu.Seperti biasa di Sg.Tapah ialah kuliah sirah Nabi SAW,malam tu dgn tajuk 'perwakilan Quraisy berjumpa dgn Abu Talib'.Yang menariknya dalam kuliah pd mlm tu Ust Halim menceritakan ttg penipuan yahudi ttg star of david yang terdapat pada bendera israel,kisahnya begini......salah seorg kenalan Ust tlh berkunjung ke Masidil Al-Aqsa didlm masjid terdapat lambang star of david ini pada mimbar dan sbg hiasan dinding masjid,lalu beliau dihampiri oleh AJK masjid dan menyatakan bahawa lambang itu Salahuddin al-Ayubi yg suruh tampalkan kerana lambang tersebut sebenarnya adalah kepunyaan kaum arab asli yang menduduki kawasan tersebut seblm kedatangan kaum bani Israel bersama Nabi Musa lagi,nama kaum tersebut adalah kaum KAN'AM....dan pada tahun 1948 yahudi mengambil lambang ini utk ditampal di bendera mereka sebagai bukti mereka adalah penduduk asal tanah tersebut....begitu jahat dan pembelitnya yahudi ni...yg jadi herannya ada jgk org Malaysia yg terang2 faham ttg putarbelit yahudi ni sanggup nk jmpa/sembang dgn ehud barak di Paris buat apa???puak2 ni mmg tak faham ke atau seperti biasa mmg tak nak faham???
Wasalam,jumpa lagi di lain lembaran.....
p/s:lupa pulak Salam Ramadhan buat semua,dan Jadikanlah Ramadhan ini yang terbaik buat kita dgn cara menganggap Ramadhan ini tg terakhir buat kita,bnykkan amalan sunat Dhuha,Tahajud,sedekah,Tarawih..baca Al-Quran paling penting,jgn lupa sahur banyak berkatnya.....tapi yg paling penting amalan wajip jgn lupa kalo tidak sia2 puasa...maksiat jgn buat,jaga aurat..

Saturday, August 8, 2009

kitaran hidup....

Salam,
berjumpa lagi...kali ini saya menampilkan gambaran kitaran hidup cakcibo,dari sifat nimfa kepada kepompong sehingga menjadi cakcibo dewasa.begitu juga dengan manusia juga terdapat kitaran hidup kita sendiri,dan yang membezakan kita dengan cakcibo ialah janji kita dengan ALLAH sewaktu dialam roh.
antara tanggungjawab kita ialah solat yang dikurniakan oleh ALLAH kepada kita dan diambil sendiri oleh Nabi Muhammad SAW sendiri untuk mengambarkan betapa istimewanya solat kepada kita.sekadar bertanya apakah perasaan kita apabila pemberian kita yang istimewa tidak diendahkan oleh penerimanya,pernahkah kita berfikir apa akan terjadi keatas kita bila kita mengabaikan pemberian ALLAH yang istimewa ini...
Wasalam,
Jumpa lagi dilain lembaran....

Thursday, August 6, 2009



Salam,

ini ialah gambar anak kepada cakcibo/sibur-sibur.mengikut sumber dari wikipidia anak cakcibo ini dikenali sebagai Nimfa(Nymph)dan diawal kehidupannya diam di air kerana ia bersifat akuatik,cakcibo ini mempunyai 3 pasang kaki tetapi tidak boleh berjalan,tetapi dikategorikan sebagai haiwan yang terbang paling pantas...SubhannALLAH,maha suci ALLAH...Begitulah kurnia ALLAH kepada makhlukNYA,dan dengan sebab itu penulis mengajak saya sendiri dan sahabat yang lain mula muhasabah tentang kurnia ALLAH kepada kita,adakah kita betul-betul mensyukuriNYA atau sekadar hanya menerima nikmat tanpa ada niat untuk berfikir atas nikmat itu....

Wassalam,jumpa lagi dilain lembaran.

Tuesday, August 4, 2009

apa itu cakcibo


salam,
apa itu cakcibo.......adapun cakcibo itu adalah istilah yang digunakan oleh kebanyakan orang-orang di Perak amnya,khususnya di Bota untuk binatang yang nama sebenarnya ialah Sibur-Sibur atau Dragonfly dalam bahasa Inggeris.jumpa lagi di lain kali.
Wasalam.