Tuesday, August 25, 2009





Salam,


hari yang ke-5 Ramadhan ini rasanya nk berkongsi tentang Sultan Muhammad Al-Fateh.Baginda merupakan sultan yang berjaya merampas Constantinople( Istanbul ) dari kerajaan Byzantine.Sebenarnya kisah Sultan Muhammad ini telah digambarkan oleh Nabi SAW sewaktu menggali parit sewaktu Perang Khandak,Nabi SAW bersabda "Constantinople akan jatuh ke tangan Kerajaan Islam yang dipimpin oleh sebaik2 Raja bersama dengan sebaik2 tentera".Hadis riwayat Imam Ahmad.Banyak cubaan yang dilakukan termasuk oleh Kerajaan Umaiyyah,Abasiyyah&Usmaniyah menemui jalan buntu,hinggakan salah seorang sahabat iaitu Abu Ayyub Al-Ansary telah mewasiatkan jika beliau meninggal dunia mayatnya hendaklah dikebumikan dibawah kubu kota Constantinople kerana beliau menyatakan "kerana aku ingin mendengar derapan kaki kuda sebaik2 Raja yg memimpin sebaik tentera utk membebaskan Constantinople",begitulah hebat keyakinan sahabat dgn sabda Nabi SAW.

Siapakah Sultan Muhammad Al-Fatih sehingga baginda dan 150,000 tenteranya digambarkan sebagai "sebaik2 raja dan sebaik2 tentera",baginda merupakan seorg pakar dalam taktikal perang yang diakui oleh sejarahwan barat,antara taktik beliau dalam peperangan tersebut baginda telah melakukan perjanjian damai dengan pihak Wallachia,Serbia&Hungary utk memencilkan Contantinople apabila diserang nanti,apabila tiba pada hari serangan 19 april 1453 baginda pada mulanya telah melancarkan perang psikologi dengan mengarahkan Azan dilaungkan dan kesemua 150,000 tenteranya sembahyang berjemaah dengan suara takbir memecah keheningan alam.Apabila pihak Byzantine telah mendapat bantuan Vatican yang merentang perairan Teluk Golden Horn dengan rantai besi dan pelbagai alatan perang,baginda telah mengarahkan supaya seluruh 72 kapal perangnya ditarik keseberang gunung,dan meluncurkan kapalnya diseberang Teluk Golden Horn utk serangan balas ini dianggap sebagai warfare strategy yang hebat.

Apa yang sangat menyentuh perasaan penulis sewaktu membaca artikel ni ialah,sebaik mereka menawan Cosntantinople,pada Jumaat yg pertama sewaktu solat hendak didirikan timbul isu siapa yang layak menjadi Imam,lalu Baginda mengarahkan semua tenteranya berdiri seraya bertanya"siapa diantara kamu yg sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk"tiada seorg pun yg duduk,lalu Baginda bertanya lagi"siapa diantara kamu yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk"separuh dari mereka duduk.Sekali lagi Baginda bertanya"siapa diantara kamu sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan tahajud walau 1malam sila duduk"semua mereka duduk kecuali Baginda.Sewajarnya Baginda dan tenteranya mendapat gelaran "sebaik2 Raja dan sebaik2 tentera" jikalau benchmark ibadat mereka dijadikan ukuran.Lalu penulis mula bertanya pada dirinya sendiri dan kawan2 yang lain bagaimana pula dengan KPI solat kita yang akan kita persembahkan kepada ALLAH di akhirat nanti.....

Wasalam...Jumpa lagi dilain lembaran....ALLAHHUAKBAR.....


No comments:

Post a Comment