Monday, August 24, 2009

Salam,

Alhamdulillah hari ini kita berada dihari ke-3 Ramadhan...hari ni rasanya nak bincang tentang gambar diatas,seperti biasa bila tiba Ramadhan kita akan berkata syaitan telah dibelenggu tapi yang hairannya masih terdapat jugak org yg pakai seluar pendek ke bazaar Ramadhan,kita masih lagi leka mengumpat org,dan banyak perkara maksiat yang masih kita progresskan...ini adalah kerana syaitan yang telah diikat itu telah berjaya mendidik satu elemen dlm diri kita pada sebelum Ramadhan iaitu NAFSU..jadi dgn itu penulis mengajak dirinya sendiri dan kengkawan semua supaya kita dapat menyekat/mendidik/mengawal nafsu kita sepanjang Ramadhan ini,salah satu caranya ialah paksa diri untuk duduk dalam majlis Tazkirah..adakah menjadi beban kepada kita untuk duduk selama 30-45min satu malam untuk perkara kebaikan dalam usaha kita untuk menjadi HAMBA ALLAH dalam erti kata yang sebenarnya???sedangkan kita berupaya menghabiskan 90min utk satu perlawanan dlm EPL!!!ingatlah bahawa bila kita berusaha utk hadir dalam majlis ilmu 1 langkah yang kita ke majlis tersebut nilainya bersamaan 1 tahun ibadat,tak mau lagi???akhirnya untuk renungan bersama:

makan nasi bersama taucu,

taucu disimpan didalam takir,

pahala sunat menjadi fardu,

janji ALLAH tak pernah mungkir...

Wasalam,jumpa lagi dilain lembaran.....

No comments:

Post a Comment